Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Gelagat Study Week

OK, entri malam n aku nak membebel pasal cuti studi week selama 1 minggu yg pihak Universiti peruntukkan utk student baca balik sume nota2, ulangkaji pelajaran. Dalam minggu cuti ulangkaji ni kita pihak persatuan,kolej x boleh adakan aktiviti sebab khas utk Mahasiswa dengan Mahasiswi utk berehat sambil mengulangkaji pelajaran..aku tgk usaha n sangat murni drp pihak Universiti yang sebelum n kt UPM xde cuti studi week,lpas je MPP buat mesyuarat dapat la cuti utk ulangkaji...tapiiiiii....adakah cuti studi week dimanfaatkan sepenuhnya???mmg betul2 studi la masa cuti seminggu??sebb aku dpt tgk pelbagai reaksi masa cuti studi week,aku senaraikan kat bawah. 1. Ada yg sehari sebelum cuti dan ada yg tunggu kt bus stop bwak beg,ape petandanya tu??jwapnnya balik kg. Bukti?kolej jadi lenggang,kelajuan internet yg sebelum n mcm siput sedut tiba jadi mcm Unifi. Kt kafe kolej kediaman lenggang,biasa penuh dgn student yg mengganas. 2. Kalau yg kaki bola, tambah2 kena studi week ada mat...

Rakyat Atau Ekonomi yg Bermasalah??

Kita lihat bersama adakah Malaysia kita gawat atau Rakyat sahaja yang gawat     Dari analisis dan takulan kita dapat melihat petunjuk ekonomi Negara kita berdasarkan beberapa pekara yang telah dibuktikan antaranya:  Melihat Ekonomi Malaysia dari segi, Prestasi Negara  1-       Malaysia berada di tempat kedua selepas Singapura, manakala Thailand di tempat ketiga dan Indonesia tempat keempat di Asia dari aspek penarafan kredit. 2-       Malaysia diberi penarafan A - berbanding Singapura yang mendapat   AAA   3-       Penarafan dibuat berdasarkan Ekonomi Makro – Imbangan pembayaran – kedudukan Fiskal dan Dasar Monetari   4-       Empat isu utama dalam isu ekonomi ialah sustainability (Kemampanan) Solvensi – Stabiliti – dan “Black” Swan.   5-       Ada cadangan diwujudkan Matawang utk Negara A...

Window 8 Developer Preview

Windows 8 yeah!!skang aku tgh guna windows 8 developer preview..sgt best!!x sabar nk tggu windows 8 kuar..aku pling suka metro style dengan masa untuk boot sgt cepat berbanding windows 7 Ultimate 64-bit yg aku guna..lgi satu nk buka windows explorer pon laju..sape2 nak download bleh la g download kt url n.   http://msdn.microsoft.com/en-us/windows/apps/br229516   aku pilih yg 64-bit punya version (3.6gb).. dan aku terbaca kt website ckp boleh guna windows n smpai bulan 3 tahun depan..jadi cepat2 jadi antara yg terawal guna windows 8 drp org lain..baru best!!!

Kebajikan Gaddafi Kepada Rakyat Libya

 Beginilah nasib Gaddafi yang awalnya pejuang tetapi berakhir hayatnya sebagai petualang. Semua jasa-jasa beliau langsung dilupakan, malah mayat beliau turut dihina. Antara Kebaikan Gaddafi untuk rakyatnya ialah: 1.  SETIAP rakyat  Libya  menerima imbuhan daripada hasil minyak  pertrol yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing . 2.  GADDAFI pernah bersumpah  bapa dan keluarganya tidak akan memeliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah .   Bapa Gaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa mempunyai rumah,  Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk di dalam khemah. 3.  BANK Libya t idak mengenakan sebarang faedah  dalam urusniaga . 4.  RAKYAT yang mahu bertani atau berladang akan  diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma . 5.  RAKYAT  tidak dikenakan sebarang bayaran  untuk  penggunaan letrik . 6.  PENDIDIKAN diberikan secara percuma  kepada semu...

Tentang Hukum Hudud

                                                  ALLAH SWT, sekalipun telah menetapkan hukum hudud, namun Dia tetap seolah-olah mempunyai maksud yang hukum itu bukan untuk menghukum. Tetapi sekadar menakut-nakutkan sahaja. Saya berani berkata begitu kerana melihatkan syaratsyarat untuk terlaksananya sesuatu hukum hudud itu begitu diperketatkan-Nya. Hingga hampir-hampir hukum-hukum itu tidak boleh dilaksanakan kerana terlalu ketat syarat-syaratnya. Untuk membuktikan kenyataan ini, saya suka membawa contoh hukuman hudud yang dikenakan kepada penzina. Yakni kesalahan yang mahkamah tidak boleh terima pemberian maaf oleh mana-mana pihak. Kalau tersabit kesalahannya, pesalah mesti dihukum. Sebab penzina bukan sahaja bersalah dengan manusia tetapi yang lebih berat ia bersalah kepada ALLAH. Jadi walaupun mungkin kedua-dua pihak sama-sama suka melakukan ker...

Memasak Bersama Anjing

Ok kali ni aku nak buat entri pasal masak2 pulak..best pulak tgk demo masak2 kt youtube...kan best kalau dpt makan makanan yg dimasak tu..nyumm.nyumm..tapi aku bukan nk cerita pasal makanan Melayu, India atau Tionghua. Tapi makanan dari Jepun..mesti korg tau pasal Sushi sume tu kan..tapi korg xtau..banyak lagi makanan Jepun yg best2..jadi aku search la Youtube..terlampau banyak channel rancangan masakan..jadi aku tertarik dgn satu channel cookingwithdog. Jangan terperanjat sbb dia memasak dgn seekor anjing kat sebelah dia dan yang aneh anjing tu x makan atau buat kacau walau duk sebelah periuk.terlatih betula anjing n.Aku suka tgok cara dia potong2,masak..dgn keadaan yg tertib dan paling penting aspek kebersihan amat dititkberatkan.. Video kt atas cara dia buat macam set makanan utk bwak pg kerja dgn sekolah..sgt praktikal dan comel bekas dia..kt dalam ada mcm2 makanan berkhasiat ditambah dgn cara hiasan yg membuka nafsu sesiapa rasa nk makan sampai habis.Segala zat, nutri...

Maksud Tersirat Video Undilah

Video bertajuk ‘Undilah’ arahan Benji Lim, terbitan Pete Teoh, Albert Law dan Bahir Yeusuff telah dapat ditonton dan di muat turun di internet.  Video ini secara luarannya dilihat baik dan mempromosikan demokrasi melalui pendaftaran sebagai pengundi. Tetapi di dalamnya penuh dengan maksud jahat yang tersirat. Ia juga dilihat mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Antara yang terlibat dalam video ini adalah YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong – Timbalan Menteri Pelajaran, Yang Berhormat Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin – Timbalan Menteri Kesihatan, Nurul Izzah Anwar , Khalid Samad dan ramai lagi. Selain itu, tokoh perniagaan, sukan dan seni turut dipaparkan. Antaranya ialah Datuk Lee Chong Wei, Tan Sri Anthony Francis Fernandes, Tengku Azmil Zaharuddin, Karamjit Singh, Afdlin Shauki, Reshmonu, Aizat Amdan, Baki Zainal, Bront Palarae, Daphne Iking, Jason Lo, Jehan Miskin, Sazzy Falak, Sharifah Amani, Tony Pua, Wardina Safiyyah, Yasmin Yusuf, Namewee dan lain-lain. Klip in...

AUKU bakal dimasuhkan selepas Internal Security Act (ISA)

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini meminta kerajaan memansuhkan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang melarang pelajar daripada terbabit atau meluahkan rasa simpati serta sokongan kepada mana-mana parti politik negara ini. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, permintaan memansuhkan Seksyen 15 itu disuarakan golongan mahasiswa menerusi kaji selidik yang dilakukan pergerakan itu tahun lepas. "Kita harap kerajaan teliti Seksyen 15 AUKU ini bagi memberi peluang kepada penuntut di Institusi Pengajian Tinggi terbabit secara langsung dalam politik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco Pemuda UMNO di Bangunan UMNO Selangor semalam. Beliau berkata, langkah itu juga sejajar dengan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini

SKMM sahkan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara di Sweeden

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara hina Islam di kesan, menurut laporan bernama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'. Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita Rabu. "Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu," katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa. Menteri itu berkata oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana ...

Alahai Namewee!!

Namewee buat hal lagi setelah Utusan kritik filem sampahnya nasi lemak babi. Kali ini dia mengutuk akhbar Utusan Malaysia melalui video klip selama 2 minit 43 saat yang dimuat naik ke laman Youtube. Video klip berkenaan diberi tajuk Namewee FxxK Utusan dan setakat ini, hampir 15,000 hits diperoleh video berkenaan. Marah Namewee kali ini dikatakan berpunca daripada sebuah rencana dalam Utusan Malaysia yang bertajuk Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee… Rencana tersebut menzahirkan pandangan penulisnya yang tidak senang dengan sikap Namewee yang cuba menjadi hero 1Malaysia melalui filem Nasi Lemak 2.0 arahannya setelah beberapa kali bertindak menghina orang Melayu dan agama Islam sebelum ini. Dalam rencana berkenaan, penulisnya berkata; Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini. Tidak seperti kelaziman di mana Namewee akan menyanyi lagu rap untuk meluahkan marahnya, dia kali ini hanya berkata-kata dengan menggunakan bahasa Melayu pasar...