Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJ...

Syurga Atau Neraka?

  Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?” Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.” Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”   Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya k...

Makanan Yang Mampu Mencegah Kanser

Mencegah lebih baik daripada merawat. Bagaimanapun dalam keadaan realitinya, tidak ramai yang mengamalkan aspek pencegahan. Sebaliknya, jika terkena atau disahkan menghidap penyakit, barulah tindakan segera diambil, sama ada melakukan rawatan, mahupun mula mengamalkan aspek berjaga-jaga ataupun pencegahan. Menyentuh mengenai aspek pencegahan penyakit terutamanya penyakit kanser, haruslah dilihat terlebih dahulu, mengenai punca penyakit tersebut. Apabila kita memperkatakan mengenai risiko untuk mendapatkan kanser, tidak ada satu sebab ‘solid’ yang boleh dikatakan menjadi punca kepada penyakit berbahaya itu. Menjelaskan lebih lanjut mengenai pencegahan penyakit kanser, Pakar Kardiologi Pusat Perubatan Pantai, Datuk Dr. Ibrahim Wahid berkata, sehingga kini, tidak ada satu kajian tepat mengatakan bahawa sesetengah makanan ataupun tumbuh-tumbuhan boleh mencegah kanser. Isu ini sangat komplikated kerana dari segi risiko makanan dan kanser tidak ada kaitan yang terus. Untuk mencegah kan...

Jenis-Jenis Kanser Pembunuh Senyap

Antara kanser-kanser utama • Kanser Payudara • Kanser Ovari • Kanser Rahim • Kanser Paru-paru • Kanser Kolon • Kanser Perut • Kanser Pankreas • Kanser Prostat • Kanser Testis Kanser Payudara Faktor Risiko Kanser payudara tidak diketahui dengan tepat, kanser ini pada umumnya diakui adalah akibat dari perubahan genetik, kebanyakan didapati selepas lahir. Kadang-kadang ia diwarisi dari salah seorang ibubapa : dikenali sebagai predisposisi genetik kepada kanser payudara. Simpton ketulan di payudara, kemungkinan menyebabkan kulit berhampiran berkedut, kelainan pada puting, puting berdarah, nodus aksilari. Kanser Ovari Kanser ovari adalah kanser wanita keempat yang paling umum. Ia 6 kali kurang umum dari kanser payudara. Ia berlaku lebih ketara antara wanita berbangsa putih. Wanita Asia kurang menghidap kanser ovari dibanding dengan bangsa Amerika. Siapa ? Satu daripada 70 orang wanita akan menghidap kanser ovari dalam seumur hidupnya; Jika dia mempunyai penurunan genetik predis...

Wujudkah Kontrak Sosial??

Selama ini puak komunis-zionis sering berkokok bahawa kaum Cina di negara ini tidak mendapat layanan yg adil dari kerajaan. Kononnya mereka ibarat rakyat kelas kedua. Mereka juga mengkritik kerajaan kerana memberi layanan yg istimewa kpd orang Melayu dan bumiputera. Apakah puak komunis-zionis tidak memahami apa yg terkandung dlm Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 3, 152 dan 153? Tidak, sebenarnya mereka amat memahaminya tetapi kerana memiliki sifat anti Melayu dan bumiputera yg kuat menyebabkan mereka sengaja cuba mengancam apa yg terkandung dalam Perlembagaan tersebut. Dengan kata mudah, mereka mahu merobohkan apa yg telah membentuk Malaysia sbg sebuah negara-bangsa dan cuba membina semula negara ini mengikut doktrin mereka sendiri. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak-hak istimewa kpd kaum Melayu dan bumiputera seperti Bahasa Melayu sbg bahasa Persekutuan, Islam agama rasmi Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan peruntukan dari aspek kuota perkhidmatan awam, biasis...