Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya.
Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk..
Penyelesaian konkrit.... (Update 2016)
langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini psiphon Software ini juga menyokong aplikasi android dan IOS, anda boleh memuat turun di sini app psiphon
Bagi pengguna platform Linux seperti Ubuntu,kubuntu,Linux mint,fedora dan sebagainya anda perlu install "Wine" yang membolehkan software Windows dapat digunakan di platform linux. "Wine" boleh didapati di Software center
atau anda boleh guna Command line dan taip
sudo apt-get update
sudo apt-get install wine
selesai install wine, klik pada icon wine dan pilih
"Select the default wineprefix" dan tekan ok
Pilih "Install a Windows DLL or component" dan tekan ok
Check "wininet" and "winhttp" dan tekan ok
dan run psiphon seperti platform Windows.
Bagi pengguna MAC OS boleh menggunakan cara yang sama untuk menggunakan Psiphon kerana software in hanya tersedia untuk platform WIndows.
image credit : blog.en.uptodown.com
Bagi pengguna platform Microsoft Windows,software Psiphon tidak perlu diinstall, hanya perlu klik pada icon Psiphon dan untuk memudahkan, anda boleh pin di taskbar Windows.
Langkah kedua, kemudian selepas anda klik pada icon P dan akan terpapar Psiphon.
Psiphon akan tersambung dengan server (VPN) secara automatik. Anda juga boleh memilih server terpantas di bahagian COnnect Via (secara "default" Fastest Country).
Psiphon sudah disambung dengan server!
kemudian browser anda sama ada google chrome,firefox,edge,opera dan sebagainya akan redirect ke website psiphon. Sekiranya webpage tersebut berjaya untuk loading, anda sudah berjaya menembusi sekatan internet.
Cara yang lain selain Psiphon iaitu anda boleh menggunakan DNS Jumper, muat turun di sini DNS Jumper (atau anda boleh memasukkan secara manual-->Network and Sharing Centre-->SSID-->Properties-->internet protocol version 4 (tcp/ipv4)-->use the following DNS server addresses (google public DNS)
Preferred DNS server 8.8.8.8
Alternate DNS server 8.8.4.4 selepas muat turun extract file dan klik pada icon dnsjumper, pilih DNS server dan apply DNS (boleh pilih mana2 server yang terdapat dalam list yang mana lebih laju).Perbezaan antara psiphon dan DNS Jumper adalah DNS Jumper memerlukan anda untuk run as admin (Psiphon pilihan terbaik sekiranya menggunakan komputer library,fakulti dan office yang memerlukan password admin)
Amaran: menggunakan psiphon dan dnsjumper juga akan melepasi sekatan oleh SKMM terhadap website tertentu. penggunaan software tersebut di atas tanggungjawab anda sendiri.
Selamat mencuba!
xleh la bro..error masa log in...
ReplyDeleteTq byk2. Berjaya!
ReplyDeleteberjaya tq
ReplyDeleteTerbaik..tq
ReplyDelete