Skip to main content

Pandemik Covid-19 yang merubah segalanya







 Hidup aku yang normal dan dipenuhi dengan warna - warna kehidupan ibarat ditimpa awan kelabu yang membawa banjir besar menengelamkan kehidupan aku yang serba indah. Walau hidup aku tidaklah semewah orang lain, tetapi aku mampu dan hidup dengan senang. Aku mempunyai kerja dan dikelilingi kawan sekerja yang aku panggil keluarga, mereka bukan sekadar rakan sekerja, mereka tempat aku mengadu, tempat aku bergantung harap. 




Pelbagai kisah duka,suka dan gembira ditempuh bersama, aku tidak menyangka yang segalanya berubah 360 darjah bila tempat aku bekerja ditutup selamanya. Hari duka itu tiba bila hari perpisahan itu berlaku, dengan sepantas itu, aku kehilangan rakan sekerja yang aku anggap keluarga . Kini tiada lagi gelak ketawa dan senyuman, semua itu tinggal kenangan akibat virus yang berasal dari China ini.





Keluarga aku yang dulu berpecah, ada yang berpindah dan ada yang mendapat pekerjaan lain. Hati aku remuk melihat tempat yang dulu kami bersama - sama mencari rezeki kosong,gelap dan tidak berpenghuni. 


Kini hanya tinggal memory, semua dalam lipatan kenangan, yang pasti aku berharap virus ini akan berakhir segera dan kembalikan hidup aku dan orang sekeliling normal seperti sedia kala.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Melepasi Sekatan Website Di Universiti, Sekolah dan Pejabat

  Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya. Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk.. Penyelesaian konkrit.... (Update 2016) langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini  psiphon  Software ini juga menyokong...

Fenomena El-Nino 2014 Kesan Perubahan Iklim Dunia

APAKAH FENOMENA EL NINO? El Nino adalah suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya keadaan lembap dialami. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9-18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya.  Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98. APAKAH PERUBAHAN IKLIM SEMASA EL NINO? Di kawas...