Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2021

BUTA IT

sejujurnya, family aku bukanlah dari golongan yang mampu untuk memiliki sebuah komputer dan tidak dianggap sebagai suatu keperluan. aku belajar menggunakan komputer semasa berada di darjah 5, aku mendapat sedikit perhatian daripada cikgu kelas komputer untuk belajar menaip menggunakan microsoft word dan melayari internet. Masa aku banyak dihabiskan di kelas komputer pada waktu hujung minggu. Kemudian memasuki darjah 6 aku berhenti mengikuti kelas komputer kerana sibuk dengan UPSR. Aku menyambung pelajaran sehingga dari tingkatan satu sehingga tingkatan enam. Aku mengambil PMR, SPM dan STPM di sekolah yang sama. Aku jarang ke cybercafe dan aku seakan-akan tidak tahu untuk menggunakan komputer untuk mengisi permohonan UPU untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. Aku terkial-kial dengan butang kekunci dan web browser. Aku mengambil masa yang lama untuk mengisi maklumat permohonan UPU.  Aku belajar dari tingkatan satu ke tingkatan enam amat jarang sekali aku dapat masuk ke makmal komputer,...

Kehidupan Selepas Belajar di Universiti

                      Pencarian kerja yang sesuai dengan bidang yang dipelajari sewaktu di Kampus sering menjadi isu kepada individu yang bergelar Graduan. Isu ini menjadi parah apabila berlaku lambakkan pelajar yang sudah menghabiskan pengajian di peringkat Universiti mahupun kolej. Saat post ini ditulis terdapat hampir setengah juta graduan di Malaysia yang tidak mempunyai peluang pekerjaan yang diimpikan. Lebih malang lagi ada yang menganggur dan tidak mempunyai wang untuk menyara hidup dan hanya bergantung kepada ibu bapa yang semakin tua. Graduan juga dibebankan dengan hutang dana pendidikan yang dipinjam sewaktu belajar sama ada di kolej atau di Universiti yang tidak mampu untuk dibayar oleh graduan kerana tiada pekerjaan atau pekerjaan dengan gaji yang tidak tidak setimpal dengan kelulusan atau setaraf gaji Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Punca graduan menggangur kerana dikatakan memilih pekerjaan, agak "klise "alasan ya...

Pandemik Covid-19 yang merubah segalanya

 Hidup aku yang normal dan dipenuhi dengan warna - warna kehidupan ibarat ditimpa awan kelabu yang membawa banjir besar menengelamkan kehidupan aku yang serba indah. Walau hidup aku tidaklah semewah orang lain, tetapi aku mampu dan hidup dengan senang. Aku mempunyai kerja dan dikelilingi kawan sekerja yang aku panggil keluarga, mereka bukan sekadar rakan sekerja, mereka tempat aku mengadu, tempat aku bergantung harap.  Pelbagai kisah duka,suka dan gembira ditempuh bersama, aku tidak menyangka yang segalanya berubah 360 darjah bila tempat aku bekerja ditutup selamanya. Hari duka itu tiba bila hari perpisahan itu berlaku, dengan sepantas itu, aku kehilangan rakan sekerja yang aku anggap keluarga . Kini tiada lagi gelak ketawa dan senyuman, semua itu tinggal kenangan akibat virus yang berasal dari China ini. Keluarga aku yang dulu berpecah, ada yang berpindah dan ada yang mendapat pekerjaan lain. Hati aku remuk melihat tempat yang dulu kami bersama - sama mencari rezeki kosong,ge...