Skip to main content

BUTA IT





sejujurnya, family aku bukanlah dari golongan yang mampu untuk memiliki sebuah komputer dan tidak dianggap sebagai suatu keperluan.

aku belajar menggunakan komputer semasa berada di darjah 5, aku mendapat sedikit perhatian daripada cikgu kelas komputer untuk belajar menaip menggunakan microsoft word dan melayari internet. Masa aku banyak dihabiskan di kelas komputer pada waktu hujung minggu. Kemudian memasuki darjah 6 aku berhenti mengikuti kelas komputer kerana sibuk dengan UPSR.

Aku menyambung pelajaran sehingga dari tingkatan satu sehingga tingkatan enam. Aku mengambil PMR, SPM dan STPM di sekolah yang sama. Aku jarang ke cybercafe dan aku seakan-akan tidak tahu untuk menggunakan komputer untuk mengisi permohonan UPU untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. Aku terkial-kial dengan butang kekunci dan web browser. Aku mengambil masa yang lama untuk mengisi maklumat permohonan UPU. 

Aku belajar dari tingkatan satu ke tingkatan enam amat jarang sekali aku dapat masuk ke makmal komputer, bila aku melangkah masuk ke university, satu kejutan budaya kerana aku mesti menggunakan komputer untuk membuat segala tugasan dan aku tidak mempunyai laptop atau komputer. Sewaktu semester pertama aku terpaksa berulang alik ke perpustakaan University untuk membuat asignment dan kadang kala aku terpaksa ke cybercafe di luar kampus kerana aku boleh terus mencetak asignment tersebut. Aku sangat struggle kerana kekurangan aku dalam penggunaan komputer dan perisian microsoft word. Hasilnya aku mendapat markah terendah kerana aku lupa untuk justify perenggan asingment aku itu.

Aku bernasib baik kerana mendapat rakan yang baik meminjamkan laptop untuk membuat tugasan seterusnya dan ini berlarutan sehinggan hujung semester aku berhasil membeli sebuah laptop dengan harga RM2000. 



Semester kedua, dengan laptop yang aku ada, aku meneroka semua software dan sekelip mata aku mahir dalam selok belok dunia IT. Dalam semester kedua sahaja aku belajar cara memformat laptop dan membaiki laptop hanya dengan bantuan YOUTUBE!. Ya.. YOUTUBE guru aku. Di kolej kediaman aku membantu membaiki software laptop dan membaiki laptop yang mempunyai masalah virus dan files windows yang corrupt. Aku sering kali membaiki laptop yang mempunyai masalah dengan percuma kerana aku tahu kesusahan pelajar yang mempunya sumber kewangan yang terhad. psss: Kadang - kala diorg belanja nasi campur.




Di semester berikutnya aku mahirkan diri untuk membaiki hardware laptop dan aku berjaya! aku juga belajar menggunakan Linux , Mac Os dan Chromium OS dan aku menguasai semuanya. Sehingga kini aku mengambil upah membaiki laptop rakan - rakan dan orang yang memerlukan bantuan terutama pelajar IPT dengan harga yang murah.




Aku yang dari tidak mempunya apa - apa (kosong) kini aku mampu untuk membantu orang lain sebab aku berpegang kepada kau boleh belajar apa saja tapi mestilah kau menguasai ilmu itu dulu. Dan aku jenis cepat belajar sesuatu benda sebab aku jenis yang suka explore sesuatu benda. Itulah aku!


Comments

Popular posts from this blog

Cara Melepasi Sekatan Website Di Universiti, Sekolah dan Pejabat

  Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya. Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk.. Penyelesaian konkrit.... (Update 2016) langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini  psiphon  Software ini juga menyokong...

Fenomena El-Nino 2014 Kesan Perubahan Iklim Dunia

APAKAH FENOMENA EL NINO? El Nino adalah suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya keadaan lembap dialami. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9-18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya.  Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98. APAKAH PERUBAHAN IKLIM SEMASA EL NINO? Di kawas...