Skip to main content

Oh Kawan!!








Sebelum aku memulakan entri malam n, ceh, esok petang ada satu lagi paper final exam, sibuk update blog.he.he. dengar dulu lagu kat atas tu. Kedua-dua lagu tu mempunyai maksud yang tersirat tapi mbawa makna yang sama iaitu, sahabat, teman,rakan dan kawan. Ye la dalam hidup ni mana la orang yang tak berkawan ye tak?. Tapi bagi aku kawan ni, lebih kepada orang yang perlu mendampingi kita setiap masa, x kira la waktu susah atau senang kan?. Kawan la tempat untuk kita meluahkan isi hati, masalah dan tempat lepaskan geram(pukul dia,lelaki je tau)ha.ha.Tapi aku ni pelik sikit, aku suka sangat cari pasal dengan kawan-kawan aku, saje la kan nak bagi diorang sakit hati sikit. Tapi yang pasti kawan perempuan atau lelaki sama je. Tapi aku rasa la nak jaga hati kawan lelaki lagi payah sebenornya daripada nak jaga hati kawan perempuan. Pasal ape?bedasarkan research aku yang tahap kaedah penyelidikan guna SPSS, lelaki mudah terasa berbanding perempuan, sebab ape?sebab diorang pun ada perasaan sebagai manusia ye x??ha.ha.ok, contohnya, cara mereka terasa agak berbeza berbanding perempuan, kalau terasa diorang akan cuba menjauhkan diri, buat xtau kalau member panggil, terasa hati la tu, perlakuan aneh. Bila tanya baru la cakap, kau buat xtau aku panggil, tak buka pintu bilik(Aku jenis tidur mati, kadang-kadang orang letup pintu bilik pun aku x sedar), pergi makan kat kafe x ajak dia. Jadi kena la reka 2 cerita yang boleh masuk akal. Perempuan pulak memng mudah terasa jugak, tapi nak pujuk mudah, semudah tekan no phone je. Cakap lebih kurang dalam 5minit dh ok.(Based pengalaman aku la). Skang aku nak cerita pasal kawan-kawan yang aku kenal skang n.

Cerita  kawan-kawan merangkap kawan baik aku.


Muhd Fakhri Izzat


Dia ni asal dari Kelantan. Suka bebenor datang ganggu aku yang tengah tidur. Cara dia ketuk pintu, macam nak roboh bilik aku.(kalau aku x buka pintu). Aku ni kan jenis burung hantu, Mlam berjaga, siang aku mcam kelawar,(tidur je). Dah la sem ni x ramai duk kolej, jadi bilik aku xde roomate la. (yess ada privacy).(tapi x best jugak, dulu aku ada roomate selalu dapat pinjam barang dia, lepas tu yang bestnye dapat bersahur n berbuka bersama2 time bulan pose tahun lepas.skang dia dah xde.). Fakhri ni aku x faham sangat dengan perangai dia, jadi nak memudahkan cerita aku pukul je dia bila ada yang x puas hati.(gengster jugak aku ni).Tapi dialah kawan yang kedua  eh, ketiga yang aku jumpa setelah bergelar student UPM. Aku sebenonya sayang  sangat nak bantu dia tapi aku pun ada masalah jugak. (bantu sikit2 boleh la). lagi satu dia suka sangat bawak motor laju2, nak je aku hempuk kepala dia ngan helmet aku. Kan jadi ape2 kan sape susah?(aku jugak, kan aku yang paling dekat dengan dia, degil n, kalau family aku lama dah aku rendam dalam klorox). Tapi yang aku suka kat fakhri ni sebab dia ada usaha, komited, berani, dan ada segala yang tercatat dalam SWOT analisis. Nak cakap lebih2 kan dia baca pulak, kembang semangkuk kan. Yang aku tak suka sekali dengan fakhri ni, dia suka sangat buat kerja last minute, mcam esk exam, malam ni hilang entah ke mana.Aku bukan ape, sebagai kawan yang baik,xnak la tgok pointer dia jatuh walau pointer aku menjunam sikit je sem lepas.(Baik punya lec, bagi aku C je utk 4kredit punya subjek).P/s:kadang2 aku pernah jgk terasa hati dgn dia n sebab dia x faham aku, mangkuk hayun betul la.pastu baru faham.Lepas tu baru geng balik.


Mohd Fikrie


Aku mulanya tak berapa kenal sangat dia ni. Pelik je aku tengok masa mula-mula nampak. Ye la cara dia macam Maya karim sikit. Tapi aku nampak sifat-sifat dia yang mempunyai karisma yang tinggi, tak peduli ape orang cakap, (jenis main langgar peraturan jugak n.)Ada sifat-sifat yang boleh membuatkan dia berjaya melangkah ke depan. Selalu dengan ramizah.Ehem..ehem..macam ada pe-pe je(Tengok tu mcam takde pe2 je-ayat pak sabit dalam hantu kak limah). Kombinasi mereka sangat serasi, xtau kenapa, aku berdoa agar merka berjaya disatukan . Berbalik pada fikrie ni, dia nampak cool, bersahaja dan mampu menggegar dunia mcam lagu adam n stacy tu, menggegar dunia. Gabungan dia dengan ramizah lagi nampak meletup. Tapi yang paling tak dilupakan bila aku kirim kat fikrie ni kfc, dia siap bagi tart telur extra(duit pun extra) yang sedap. Tak sangka kfc ada tart telur yang ranggup dan best camtu. Lain kali nak try kat kfc. Terima kasih sebab tolong belikan. 

Siti Ramizah

Aku pada mulanya x faham sikit perangai Ramizah ni. Sebab dia agak misteri. (xkan dia ada sifat malu-malu kucing?). Sebab dia ni sangat kurang bercakap, dulu masa mula-mula kenal sangat susah dia nak buka mulut. Sepatah tanya, sepatah yang dijawabnya. Lepas tu kalau tegur mesti susah nak dapt feedback.(mungkin x dengar). sampai aku menggelarkan ramizah sebagai seorang yang misteri. Aku mula kenal dengan lebih rapat masa amek kursus asas keusahawanan kat fakulti ekonomi. Masa tu aku dilantik jadi CEO klas,(ketua klas je kot) dan aku satu group dengan ramizah bersama2 dengan budak2 kursus lain. Kursus asas keusahawanan ni, kena berniaga ape saje perlu dirancang dari awal, tapi biasa la ada konflik dari segi tanggungjawab ahli kump yang malas nk buat kerja, macam 2 alasan bagi. Semua tu ramizah setelkan. Xtau macam mana dia bleh hendle sume. Tapi time kasih la. Aku masih x puas hati kat mamat2 yang x buat kerja tu, hari2 kita je angkut sume brg, dah la janji nak tolong. Auta punya org. Markah nak. Saat best mgm ni, bila aku meniaga lpas tu laku(jual pastu  beli pkai duit sendiri) timas kasih la sebab tolong carikan supplier buah-buahan segar tu, nak hrapkan bdk2 tu..tahun depan kita meniaga. 



tu je la aku cite pasal kawan-kawan aku, ramai sangat nk tulis sume, nanti la bila dah kelapangan aku cite yang lain pulak..dah!aku nk studi dulu..wish me luck k utk final exam ptg esk..chayok, chayok.!

Comments

  1. wat da hey??? dah la nama salah eja. bile masa lak muhd. mohd k... coi. haha. okey. ade org ngumpat pasal aku la ni... :P jahat nyer org tu.

    bdw, sedap kan tart tu... :)

    ReplyDelete
  2. ah edit dah bab nama tu..ermm nak edit balik entri n..nk bgi kontroversi sikit..he.he..mmg sedap tart tu..nk beli jgk lain kali..ranggup.garing..x sngka best jgk tart kfc.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Budaya Rasis Di Mana-mana?

Aku tergerak nak menaip hari ni lepas tengok beberapa video kat Youtube antaranya video di Malaysia dan Singapura. Kita Sedia maklum yang kedua-dua buah negara ini pernah berada di bawah satu bumbung dalam mencapai kemerdekaan, tetapi berlaku detik-detik perpisahan lantaran sebab yang tidak dapat dielakkan. Ok, Di Malaysia majoritinya kaum Melayu manakala selebihnya Cina, India dan masyarakat Peribumi Orang Asli, Sabah dan Sarawak. Di Singapura majoriti adalah Cina dan selebihnya Melayu, India dan pekerja-pekerja asing yang menetap serta diberikan taraf kewarganegaraan Singapura. Kedua-dua negara ini saling bersaing dalam membangunkan negara ibarat duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah. Malaysia mencapai kemajuan yang pesat semasa bekas perdana Menteri a.k.a Bapa Pembangunan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Dengan kebijaksanaan beliau negara membangun dengan begitu pesat dan berjaya sehingga masyarakat berbilang kaum hidup dengan harmoni walaupun terdapat beberapa kes terpencil melib...

Cara Melepasi Sekatan Website Di Universiti, Sekolah dan Pejabat

  Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya. Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk.. Penyelesaian konkrit.... (Update 2016) langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini  psiphon  Software ini juga menyokong...

Syurga Atau Neraka?

  Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?” Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.” Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”   Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya k...