Skip to main content

Kisah Si Penjual Air Tebu




Lagu kat atas ni xde kena mengena dengan kisah si penjual air tebu, saje nak kasi havoc sikit. Al-kisah bermula bila bulan pose bermula dan bazar ramadan pon bermula. Disitulah kisah aku bermula, Kisah bermula apabila bulan ramadhan menjelma, Kalau bulan ramadan x menjelma xde la kisah si penjual air tebu dalam blog ni. Malas aku nak taip panjang-panjang. Dah bulan ramadan mesti la ada jual air tebu, air lemon, air kurma, air bermacam air lagilah. Tebu tu pulak mesti la si penjual tebu tu tanam atau beli kat orang tengah. Tu masuk bab lain pulak, tu masuk bab kesegaran pulak. Eh!ape yg aku merepek ni. Mana cerita si penjual air tebu???. Ok. camni, dah panjang lebar mukadimah aku pasal si penjual air tebu n meh aku cite sikit asal usul air tebu. Air tebu n berasal dari pokok tebu, x kenal pokok tebu??ada gambo kt bwoh tgok ler..





tu la pokok tebu, tengok keadaan dh bole potong buat air. Lepas tu di mesin sampai lunyai maksudnya sampai air tebu sume diperah guna mesin cam gambo kt bawah,





Lepas tu jadilah air yang best cam gambo kt bawah.





Berbalik kpd perbahasan kita tadi, kisah si penjual air tebu, aku cuma nak cerita pasal air tebu yg aku beli petang tadi hampeh..masam..xleh minum..2kali aku beli masam..hari lain ok..hari ke-2 puasa aku beli masam jgk rasa dia, nk kata tebu rosak.rasa dia mcm air tebu smlam yg dikitar semula.Baik punya.lepas tu aku tukar gerai lain..ok la bbrapa hari..tpi hari n..penyakit dh bjangkit pulak..masam...nasihat kpd peniaga di luar sana, layanlah peniaga anda dengan air tebu yg manis,kalau tak anda akan kehilangan pelanggan anda.-customer always right-kn dh kena tipu, nk cerita pasal air tebu masam je..meleret2 entri n.dah la..bye.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Melepasi Sekatan Website Di Universiti, Sekolah dan Pejabat

  Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya. Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk.. Penyelesaian konkrit.... (Update 2016) langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini  psiphon  Software ini juga menyokong...

Fenomena El-Nino 2014 Kesan Perubahan Iklim Dunia

APAKAH FENOMENA EL NINO? El Nino adalah suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya keadaan lembap dialami. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9-18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya.  Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98. APAKAH PERUBAHAN IKLIM SEMASA EL NINO? Di kawas...