Sempena Hari Kemerdekaan yang disambut
bersama-sama Hari Malaysia aku nak buat entri pasal penjajah di Tanah Melayu.
British mula dapat mengusai Tanah Melayu angkara 2 pembesar yg bertelagah
mereka adalah :(sila baca petikan dari wikipedia kt bawah:
Perak pada masa itu merupakan pengeluar bijih
Timah utama yang mendahului United Kingdom pada abad ke-19. Sementara
Inggeris, yang pada masa itu sudah mendapat Pulau
Pinang, Melaka dan Singapura, menganggap Perak sebagai
satu negeri yang amat penting. Tetapi keadaan yang tidak stabil
seperti Perang Larut dan pergaduhan antara Kongsi gelap cina mengganggu
perniagaan bijih timah ketika itu.
Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan
Ali pada tahun 1871. Raja Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik
sebagai sultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak menghadiri upacara
pengkebumian, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik. Raja Bendahara Ismail
diangkat dan ditabalkan kerana mengikut istiadat pertabalan Raja-raja Melayu,
baginda adalah sultan yang sah oleh kerana baginda memiliki alat-alat kebesaran
diraja (regalia). Baginda berkuasa dan mempunyai pengikut-pengikut yang ramai
di Hulu Perak.
Perasaan tidak puas hati mendorong Raja Abdullah
meminta bantuan Inggeris. Pada masa yang sama, berlaku permusuhan dua kongsi
gelap Cina, Ghee Hin yang dipimpin oleh Chin Ah Yam dan Hai San yang
dipimpin oleh Chung Keng Quee untuk merebut lombong bijih timah.
Raja Abdullah meminta pertolongan Inggeris untuk
menyelesaikan dua masalah tersebut. Menurut Lucy Bird (1831-1904) dalam bukunya
"The Golden Chersonese and The Way Thither" (diterbitkan pada tahun
1892 oleh G.P Putnam dan Anak-anak), Raja Abdullah meminta pertolongan rakannya
di Singapura, Tan Kim Ching. Tan bersama seorang pedagang Inggeris di Singapura
merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang ditandatangani oleh
Abdullah. Dalam surat tersebut, Abdullah menyatakan hasrat untuk meletakkan Perak
di bawah naungan Inggeris. Pada 26 September 1872, Chung Keng Quee menghantar
petisyen yang ditandatanganinya serta 44 orang lagi ketua orang Cina, meminta
campurtangan Inggeris selepas diserang 12,000 orang-orang Chung San. Pihak
Inggeris melihat perkara ini sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan
pengaruhnya di Asia Tenggara dan monopoli perdagangan bijih timah. Hasilnya,
Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874.
Raja Ismail tidak mengiktiraf
perjanjian tersebut tetapi nasi sudah menjadi bubur. Raja Abdullah diiktiraf
Inggeris sebagai sultan dan Sir James W.W Birch menjadi Residen Inggeris
yang pertama di Perak. Berikutan dengan perjanjian ini, Inggeris terlibat
secara langsung dalam urusan pentadbiran negeri Melayu.
Campurtangan Residen
Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang
Melayu, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang. Rasa
tidak senang itulah yang membuka jalan nekad orang Melayu Perak
bertindak. Tanpa takut dan gentar, mereka telah berpakat membunuh Birch yang
berjaya dilakukan pada tahun 1875 di Pasir Salak. Kejadian ini
mengakibatnya beberapa siri peperangan antara Melayu Perak dan Inggeris hingga
tahun 1876.
Ramai wira negeri Perak yang terlibat
dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Dato
Maharaja Lela, datuk Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad
Amin, Ngah Ibrahim dan lain-lain. Sultan Abdullah pula disingkir ke Pulau
Seychelles.
Walaupun wira-wira bangsa ini berjaya
dibunuh oleh Inggeris, namun peristiwa Pasir Salak itu telah mengajar Inggeris
bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah dan memperbodohkan orang Melayu.
Dengan berjaya membantutkan
penentangan Melayu, Inggeris berjaya mengukuhkan kedudukannya di Perak dan
kemudiannya membuka lebih banyak lombong bijih Timah di Perak dan
ladang-ladang getah. Perak bersama Negeri Sembilan, Selangor dan
Pahang dan kemudiannya dikenali dengan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu.
Ok
sekarang kita tengok ape itu penjajah atau imperialisme.
Imperialisme
atau kolonialisme barat
1.Imperialisme-merupakan
dasar perluasan kuasa atau pengembangan empayar. Menurut Norman Daniel
imperialisme adalah lebih daripada mencari sebuah empayar.Umumnya ia adalah
penguasaan rumpun bangsa Eropah ke atas semua benua. Cecil Rhodes telah
mengukuhkan lagi dengan pendapatnya bahawa "kita adalah ras tertinggi,
makin luas bumi yang kita duduki, makin baiklah utk umat manusia.
2.
Kolonialisme- penjajahan dgn maksud 'jibayah' iaitu merebut atau mengambil
manfaat yg ada di tempat tersebut utk dibawa pulang(merampas). Satu konsep
mengenai penguasaan politik secara keseluruhan oleh kaum penjajah thdap tanah
jajahannya. Menguasai pihak lain dengan pelbagai cara dan matlamat dalam erti
kata lain matlamat menghalalkan cara.
3.
Mereka juga menekankan konsep atau teori "the white man burden" iaitu
masyarakat barat mempunyai tanggungjawab yang cukup berat utk mentamadunkan
masyarakat di Asia kerana mereka berpendapat mereka lebih maju dalam bidang
sains dan teknologi.
1.
Rangkuman aku, pertelagahan org Melayu
telah menyebabkn British campurtangan. Jika kisah n x diamek iktibar,tidak
mustahil akan muncul kembali sikap manusia seperti 2org pembesar ini.
2.
Orang barat mempunyai pelbagai helah utk
menakluk sesebuah negara. Di China misalnya, mereka mengamalkan dasar tutup
pintu utk mengelak dari campurtangan asing, kerana China menganggap mereka “middle
of the kingdom” iaitu mereka boleh mendapat apa sahaja dari negera mereka sendiri
dan tidak ingin untuk berdagang. Tetapi Inggeris datang ke Asia untuk berdagang
di samping mempunyai agenda utk meluaskan jajahan takluk. Taktik licik Inggeris
adalah dengan meruntuhkan ahklak rakyat China dengan menyeludup masuk Candu.
Ramai rakyat China yg menjadi penagih candu dan menyebabkan berlaku masalah
sosial yg teruk sehinggakan askar dan pegawai istana turut menjadi penagih. Akhirnya
China dipaksa utk membuka pintu dan banyak wilayah China dibahagi2kan sesuka
hati kpd sahabat Inggeris dan China boleh diibaratkan seperti tembikai yg
dipotong kpd bnyk bhagian. China juga boleh diibaratkan jatuh ditimpa tangga
kerana terdapat siri peperangan dengan Inggeris tetapi mengalami kekalahan.
China juga dipaksa membayar kerugian atas kerugian yg dialami oleh inggeris
dalam peperangan, sudahlah kalah,dipaksa membayar gantirugi.
3.
Dijepun,berlaku juga penjajahan oleh Amerika
Syarikat tetapi jepun yg terkenal dengan kebijaksanaan berjaya mengusir
imperialis ini melalui perjanjian yg menguntungkan jepun. Sama juga seperti di
Thailand, mereka tidak dijajah kerana mengamalkan dasar diplomatik dengan
imperialis. Cth,semasa penaklukan Jepun ke Tanah Melayu, mreka membenarkan
Jepun melalui selatan thailand utk masuk ke Tanah Melayu.
Aku ada sedikit rangkuman berdasarkan subjek sejarah yang aku belajar semasa STPM dulu,dapatlah aku simpulkan yg Tanah Melayu sememangya dijajah. Penjajah mempunyai pelbagai taktik utk menguasai negara2 yg mempunyai nilai ekonomi. Kalau nak baca lebih lagi, pg kedai buku tdekat dptkan buku sejarah Malaysia, Sejarah Asia Tenggara, Sejarah Dunia dan Sejarah Tamadun islam. Dari situ korg akn dpt banyak info dan dpt buat tafsiran yg penjajah adalh perosak sesuatu negara mcm serangga perosak. Mereka mbuat pelbagai slogan dan cuba mencampuri urusan sesebuah negara mcm peristiwa pembesar dkt Perak tu. Pesanan aku Hargailah kemerdekaan, berdasar pendapat2 mereka aku dh tau yg nafsu mereka utk menjajah kembali tanah air kita masih membara dan menuggu peluang shj. Sekali mereka berjaya mencampuri urusan sesebuah negara petanda awal yg x mustahil utk kita dijajah kembali.
Comments
Post a Comment