Skip to main content

Maksud Tersirat Video Undilah



Video bertajuk ‘Undilah’ arahan Benji Lim, terbitan Pete Teoh, Albert Law dan Bahir Yeusuff telah dapat ditonton dan di muat turun di internet.  Video ini secara luarannya dilihat baik dan mempromosikan demokrasi melalui pendaftaran sebagai pengundi. Tetapi di dalamnya penuh dengan maksud jahat yang tersirat.
Ia juga dilihat mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Antara yang terlibat dalam video ini adalah YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong – Timbalan Menteri Pelajaran, Yang Berhormat Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin – Timbalan Menteri Kesihatan, Nurul Izzah Anwar , Khalid Samad dan ramai lagi.
Selain itu, tokoh perniagaan, sukan dan seni turut dipaparkan. Antaranya ialah Datuk Lee Chong Wei, Tan Sri Anthony Francis Fernandes, Tengku Azmil Zaharuddin, Karamjit Singh, Afdlin Shauki, Reshmonu, Aizat Amdan, Baki Zainal, Bront Palarae, Daphne Iking, Jason Lo, Jehan Miskin, Sazzy Falak, Sharifah Amani, Tony Pua, Wardina Safiyyah, Yasmin Yusuf, Namewee dan lain-lain.
Klip ini dimulakan dengan ucapan narrator oleh YB Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)  dan  kemudian diikuti dengan lagu nyanyian Namewee dan Afdlin Shauki yang juga meminta rakyat mendaftar sebagai pengundi kerana dengan mengundi, rakyat menjadi majikan dan boleh memilih pemimpin mereka.
Dari segi visual pula, ia dimulakan dengan rakaman narrator oleh Ku Li dan diikuti dengan visual nyanyian Namewee, Afdlin, Pete Teoh dan Shashi. Diselitkan juga pelbagai gambar yang dikesan secara tidak langsung menunjukkan orang ramai dan lokasi perhimpunan haram BERSIH 2.0 di adakan.
Lagu dan lirik di cipta oleh Namewee dan ditambah dalam bahasa Melayu oleh Afdlin Shauki dan bahasa Tamil oleh Shahshi Tharan Rajoo. Oleh itu, kita dapat lihat lirik yang disampaikan agak keras sebagaimana lirik-lirik lagu terdahulu oleh Namewee. Namun kali ini ia dalam bentuk tersembunyi atau ‘subliminal message’.
Dari segi visual, pada minit 0.26, memaparkan seseorang yang sedang membaca akhbar Harakah yang bertajuk ‘BN TIRU BUKU JINGGA’.
Di minit 3.00 pula menunjukkan visual papan tanda nama jalan seperti Jalan Tun H.S Lee, Jalan Tun Perak, Hospital Tung Shin dan Jalan Pudu Lama (3.22), Jalan Masjid India (3.25) lokasi-lokasi ini adalah lokasi dimana peserta perhimpunan haram 9 Julai di gempur polis.
Pada minit 3.36 pula visual menunjukkan poster 1Malaysia gambar YAB Perdana Menteri dan tulisan ‘Rakyat Di Dahulukan’. Terdapat satu maskot seakan-akan lintah sedang bergoyang-goyang dihadapan wajah YAB Perdana Menteri. Jika ditafsirkan, mesejnya amat jahat iaitu menggambarkan pemimpin tertinggi Negara dengan Lintah yang bersifat penghisap darah.
Penyertaan dua pemimpin negara iaitu Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Puteri UMNO yang juga Timbalan Menteri Kesihatan dilihat cuba mempergunakan kedua-dua tokoh ini dalam rancangan jahat penerbit.
Adalah satu perkara yang menghairankan apabila Namewee terus diberikan kebebasan berkarya walaupun telah beberapa kali membuat tindakan mencemarkan maruah negara dan menimbulkan kemarahan seperti penerbitan video ‘Negarakuku’. Tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mempertahankan beliau juga menyinggung perasaan ramai penyokong BN apatah lagi beliau kini telah menerbitkan filem Nasi Lemak 2.0.
Penyertaan lebih 100 orang termasuk VIP, Artis, Ahli Sukan, Pemimpin Pembangkang, Pemimpin Kerajaan, dan sebagainya dilihat cuba menunjukkan bahawa pelbagai pihak menyokong penerbitan video ini sekaligus menyampaikan mesej secara halus bahawa mereka ini juga menyokong gerakan untuk menukar Kerajaan.
Memang patut video tersebut diharamkan, lebih-lebih kerana penglibatan manusia biadab seperti Namewee. Manusia kurang ajar seperti itu dan menjadikan perkataan-perkataan lucah sebagai mainan di bibir mulutnya tidak patut sama sekali muncul dalam televisyen.

Comments

  1. ok, bayarlah someone untuk buat video puji BN, haha. Mungkin itu yang kamu mahu bukan?

    ReplyDelete
  2. bukan utk meminta memuji bn, cuma kalau nk produce sesebuah video tu..silalah jgn bersikap bias kt pihak2 tertentu..cuba bersikap netural.kata video utk ajak pengundi terutama pengundi muda kuar mengundi,tapi disogok dgn mesej2 tersirat yg penuh makna utk mjatuhkan pihak lain..sgt bagus budaya n..dh la nk siar kt Tv..dgn propaganda tersirat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Melepasi Sekatan Website Di Universiti, Sekolah dan Pejabat

  Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya. Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk.. Penyelesaian konkrit.... (Update 2016) langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini  psiphon  Software ini juga menyokong...

Fenomena El-Nino 2014 Kesan Perubahan Iklim Dunia

APAKAH FENOMENA EL NINO? El Nino adalah suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya keadaan lembap dialami. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9-18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya.  Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98. APAKAH PERUBAHAN IKLIM SEMASA EL NINO? Di kawas...