Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2021

Pengalaman Bergelar Insan Pendidik Bahagian 4

                                            Bersambung dari bahagian 3 Pelajar yang mempunyai wang saku berlebihan pada pandangan mata kasar aku, lebih cenderung untuk terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah. Pelajar ini akan merekrut pelajar dari kelas pertengahan dan kelas belakang, modus operandi yang sangat mudah, misalnya untuk membeli rokok, pelajar yang berduit tersebut akan mengarahkan pelajar yang dari kelas belakang untuk membeli rokok di kedai berhampiran rumah mereka. Aktiviti ponteng juga berlaku sewaktu PDPR berlangsung terutama selepas waktu rehat 10. 30 pagi dan 11.30 pagi apabila pelajar tersebut memanjat pagar untuk ponteng kelas dan melepak di gerai makan berhampiran sekolah. Pelajar tersebut juga yang mempunyai wang akan mengajak pelajar lain untuk menghabiskan masa di cyber cafĂ© berhampiran bermain permainan video game atas talian. Berdasarkan peme...

Pengalaman Bergelar Insan Pendidik Bahagian 3

  Bersambung dari bahagian 2 ,   Aku mula menganalisa perilaku dan perangai setiap pelajar dan aku mendapati pelajar kelas belakang banyak mempunyai kekurangan dari segi kewangan dan perhatian daripada keluarga masing - masing. Sekolah pertama yang aku mengajar berada di Kawasan perkampungan nelayan di mana faktor kewangan dan keluarga memainkan peranan utama kepada perilaku pelajar di sekolah.                                Kebanyakkan pelajar yang berasal dari keluarga nelayan ini rata – rata membawa wang saku hanya RM 1 sehingga RM3 untuk membeli makanan di kantin sekolah. Ini sangat meruntum jiwa aku melihat pelajar hanya mampu membawa wang sebanyak itu ke sekolah. Aku masih teringat pada satu hari aku bertanya kenapa ada seorang pelajar selalu tidak hadir ke sekolah dan jawapannya ibu bapa pelajar itu tiada duit untuk diberikan untuk membeli makanan di sekolah. Aku tergaman dan terkaku...

Pengalaman Bergelar Insan Pendidik Bahagian 2

                                                                         Bersambung dari bahagian 1 , Jadual kelas yang diberikan agak “pack” kerana selalunya aku akan masuk lebih daripada 5 kelas dalam sehari. Aku diberikan jadual dan selalunya dalam group Telegram cikgu setiap pagi akan dipost jadual ganti untuk cikgu – cikgu yang akan mengantikan cikgu yang tiba – tiba mengambil “emergency leave” atau yang tiba – tiba mengambil cuti sakit.   Kelas yang diberikan juga agak mencabar, aku perlu mengajar dari kelas depan, pertengahan dan kelas paling belakang. Bagi aku kelas depan mudah untuk aku memberikan ilmu kerana mereka mudah memahami apa yang aku sampaikan dalam pembelajaran dan sikap ingin belajar yang tinggi. Kelas pertengahan aku perlu mengulang lebih lanjut mengenai sesuatu ...

Pengalaman Bergelar Insan Pendidik Bahagian 1

  Tidak pernah terlintas di fikiran aku, untuk menjerumuskan diri menjadi seorang pendidik di sekolah menengah di kampung halaman sendiri. Aku yang sedang mencari pekerjaan selepas habis pengajian di bumi serdang selama hampir 3 tahun dalam bidang penyiaran tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang pendidik. Aku yang sedang mencari kerja dengan agak berat hati menerima tawaran daripada pihak sekolah kerana aku agak skeptikal dengan kepupayaan aku untuk mengajar di sekolah menengah. Di dalam fikiran aku, bagaimana jika aku diarahkan untuk mengajar subjek yang aku mungkin tidak mampu untuk digalas.  Aku masih ingat hari pertama aku melapor diri ke sekolah pertama, aku agak gementar kerana aku perlu berjumpa pengetua sekolah terlebih dahulu, aku memperkenalkan diri dan memberitahu sedikit sebanyak tentang diri aku dan latar belakang pendidikan aku. Aku diberikan buku rekod pengajaran dan pembelajaran serta jadual waktu dan subjek yang akan diajar di sekolah.  Aku menarik ...