Skip to main content

Pengalaman Bergelar Insan Pendidik Bahagian 3

 





Bersambung dari bahagian 2,

 

Aku mula menganalisa perilaku dan perangai setiap pelajar dan aku mendapati pelajar kelas belakang banyak mempunyai kekurangan dari segi kewangan dan perhatian daripada keluarga masing - masing. Sekolah pertama yang aku mengajar berada di Kawasan perkampungan nelayan di mana faktor kewangan dan keluarga memainkan peranan utama kepada perilaku pelajar di sekolah.

 

                           


Kebanyakkan pelajar yang berasal dari keluarga nelayan ini rata – rata membawa wang saku hanya RM 1 sehingga RM3 untuk membeli makanan di kantin sekolah. Ini sangat meruntum jiwa aku melihat pelajar hanya mampu membawa wang sebanyak itu ke sekolah. Aku masih teringat pada satu hari aku bertanya kenapa ada seorang pelajar selalu tidak hadir ke sekolah dan jawapannya ibu bapa pelajar itu tiada duit untuk diberikan untuk membeli makanan di sekolah. Aku tergaman dan terkaku, aku tidak mampu untuk mengajukan soalan seterusnya dan aku hanya mampu mencoret pena aku mengadap buku laporan harian pembelajaran. Ada pelajar yang tidak mampu untuk membeli buku dan aku bertindak menggunakan wang saku sendiri membeli kertas kajang dan aku edarkan kepada pelajar yang tidak mempunyai buku tulis.


   

                    


Walaupun begitu, terdapat pelajar yang dari kelas belakang mempunyai ibu bapa yang memberikan wang saku yang banyak setiap kali ke sekolah. Aku menyiasat latar belakang pelajar tersebut dan mendapati keluarganya ada membuka perniagaan keropok lekor dan restoran. Akan tetapi, Ibu bapa pelajar tersebut sibuk dengan perniagaan mereka sehinggakan mengabaikan anak dengan hanya memberikan wang saku yang banyak telah menimbulkan masalah apabila wang itu digunakan untuk membeli rokok. Bagi pelajar yang miskin pekerjaan bapanya sebagai nelayan, anak mereka juga terabai apabila sang ayah sering kali berada di tengah lautan mencari rezeki dan anak mereka berkawan dengan pelajar yang mempunyai wang saku. Bagi aku ini merupakan kombinasi sempurna penggalak pelajar melakukan masalah disiplin di sekolah.

Kesan berantai pelajar yang mempunyai wang saku lebih daripada sepatutnya turut membawa masalah kepada pelajar kelas pertengahan dan kelas depan.

akan bersambung di bahagian 4...


Comments

Popular posts from this blog

Cara Melepasi Sekatan Website Di Universiti, Sekolah dan Pejabat

  Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya. Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk.. Penyelesaian konkrit.... (Update 2016) langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini  psiphon  Software ini juga menyokong...

Fenomena El-Nino 2014 Kesan Perubahan Iklim Dunia

APAKAH FENOMENA EL NINO? El Nino adalah suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya keadaan lembap dialami. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9-18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya.  Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98. APAKAH PERUBAHAN IKLIM SEMASA EL NINO? Di kawas...