Skip to main content

Pengalaman Bergelar Insan Pendidik Bahagian 2

  

                                                          


         

Bersambung dari bahagian 1,

Jadual kelas yang diberikan agak “pack” kerana selalunya aku akan masuk lebih daripada 5 kelas dalam sehari. Aku diberikan jadual dan selalunya dalam group Telegram cikgu setiap pagi akan dipost jadual ganti untuk cikgu – cikgu yang akan mengantikan cikgu yang tiba – tiba mengambil “emergency leave” atau yang tiba – tiba mengambil cuti sakit.

 




Kelas yang diberikan juga agak mencabar, aku perlu mengajar dari kelas depan, pertengahan dan kelas paling belakang. Bagi aku kelas depan mudah untuk aku memberikan ilmu kerana mereka mudah memahami apa yang aku sampaikan dalam pembelajaran dan sikap ingin belajar yang tinggi. Kelas pertengahan aku perlu mengulang lebih lanjut mengenai sesuatu tajuk kerana ada pelajar yang cepat memahami dan ada yang lambat untuk “pick up”. Dan…kelas paling belakang, yang benar – benar menguji kesabaran aku kerana sikap yang berbeza daripada kelas depan dan pertengahan. Bagi aku pelajar kelas belakang seolah – olah hilang minat untuk belajar, mereka lebih suka mendengar aku bercerita mengenai sesuatu tajuk yang di luar bidang konteks pembelajaran. 



Setiap kali aku masuk untuk mengajar kelas belakang, mereka hanya mampu fokus untuk 15 minit sahaja dan “hilang” selepas itu. Aku hanya mampu memberikan arahan untuk mereka menyalin apa yan ditulis di white board dan memberikan sedikit Latihan. Di dalam kelas belakang tersebut ada beberapa orang pelajar yang minat untuk belajar dan aku memberikan lebih focus kepada mereka. Sebahagian besar yang lain lebih suka bermain – main dan membuat bising. Oh ya, aku tidak dibenarkan untuk merotan atau berkasar dengan pelajar, itu pesan pengetua sekolah Ketika aku mula melaporkan diri. Aku hanya mampu memberikan arahan untuk mereka berada di dalam kelas dan membuat Latihan yang diberikan. Bagi aku kelas belakang amat mencabar aku tapi aku mengambil sebagai cabaran yang diberikan. Aku mula berfikir,berat sungguh bebanan guru yang mengajar pelajar yang tidak mempunyai minat untuk belajar. 


Selepas seminggu aku mengajar, aku mula dapat menganalisa tingkah laku pelajar dan aku mula memerhati pelajar di kelas depan, pertengahan dan belakang. Pelajar kelas belakang yang aku mengajar ditangkap ponteng kelas dan dikenakan tindakan disiplin. Aku mula memahami sikap dan punca tingkah laku mengapa pelajar tersebut bertindak sedemikian.

 

Akan bersambung di bahagian 3


Comments

Popular posts from this blog

Cara Melepasi Sekatan Website Di Universiti, Sekolah dan Pejabat

  Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya. Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk.. Penyelesaian konkrit.... (Update 2016) langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini  psiphon  Software ini juga menyokong...

Fenomena El-Nino 2014 Kesan Perubahan Iklim Dunia

APAKAH FENOMENA EL NINO? El Nino adalah suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya keadaan lembap dialami. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9-18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya.  Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98. APAKAH PERUBAHAN IKLIM SEMASA EL NINO? Di kawas...

Ulcer Mulut, Sakit!!

Ulcer mulut (Oral ulcer) Ulcer mult ialah luka atau lepuhan menyakitkan di dalam mulut yang berwarna putih atau kuning dikelilingi bulatan merah . Ulcer berlaku apabila membran mukus atau epithelium pada bibir atau sekeliling bahagian dalam mulut terkoyak. Terdapat pelbagai jenis ulcer yang dikaitkan dengan pelbagai sebab seperti trauma (fizikal dan chemical) jangkitan mikroorganisma, infeksi, perubahan hormon, alergik kepada ubat- ubatan dan bahan kimia tertentu, penyakit seperti celiac disease, lupus, behcets disease , kanser dan sebagainya. Ulcer yang biasa dialami ialah aphthous ulcer dan cold sores (lepuhan akibat demam-fever blister). Cold sores disebabkan oleh virus herpes simplex. SYMPTOMS Symptom ulcer berbeza mengikut penyebab kepada ulcer tersebut. Bermula dengan rasa pedih dan terbakar pada bahagian yang akan terbentuknya ulcer , bintik dan benjolan merah akan menyusul kemudian pecah menjadi luka atau lepuhan. Ulcer kelihatan berwarna putih atau kuning dengan warna merah di...