Skip to main content

Pengalaman Bergelar Insan Pendidik Bahagian 1

 




Tidak pernah terlintas di fikiran aku, untuk menjerumuskan diri menjadi seorang pendidik di sekolah menengah di kampung halaman sendiri. Aku yang sedang mencari pekerjaan selepas habis pengajian di bumi serdang selama hampir 3 tahun dalam bidang penyiaran tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang pendidik. Aku yang sedang mencari kerja dengan agak berat hati menerima tawaran daripada pihak sekolah kerana aku agak skeptikal dengan kepupayaan aku untuk mengajar di sekolah menengah. Di dalam fikiran aku, bagaimana jika aku diarahkan untuk mengajar subjek yang aku mungkin tidak mampu untuk digalas. 



Aku masih ingat hari pertama aku melapor diri ke sekolah pertama, aku agak gementar kerana aku perlu berjumpa pengetua sekolah terlebih dahulu, aku memperkenalkan diri dan memberitahu sedikit sebanyak tentang diri aku dan latar belakang pendidikan aku. Aku diberikan buku rekod pengajaran dan pembelajaran serta jadual waktu dan subjek yang akan diajar di sekolah. 

Aku menarik nafas lega kerana diberikan subjek kegemaran aku sewaktu di sekolah iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah bagi tingkatan 1 dan 2. Subjek Sivik juga antara mata pelajaran yang harus di ajar di sekolah tersebut. Jadual juga agak padat kerana aku perlu mengajar hampir 5 kelas dalam sehari dan kadang kala aku dikehendaki memasuki kelas yang guru tersebut bercuti atau mengambil cuti sakit. 





Aku menjejakkan kaki di kelas pertama mengajar subjek sejarah dan aku terus membuka buku teks sejarah, dan aku tidak perlu melihat buku sejarah kerana semuanya dalam kepala aku. Aku secara natural seolah - olah telah lama mengajar subjek sejarah. Aku meminati subjek sejarah kerana aku merupakan pelajar tingkatan 6 yang menulis karangan hampir 40 muka surat untuk kertas sejarah STPM. Segala ilmu dan maklumat mengenai sejarah Malaysia, Islam dan dunia berada di dalam minda aku. Aku pula perlu mengajar subjek sejarah tingkatan 2 sejarah Malaysia yang memang bagi aku semuanya dalam tangan aku. Aku lebih suka bercerita menggunakan naratif yang mudah untuk difahami oleh mereka. 


akan bersambung di bahagian 2...





Comments

Popular posts from this blog

Cara Melepasi Sekatan Website Di Universiti, Sekolah dan Pejabat

  Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya. Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk.. Penyelesaian konkrit.... (Update 2016) langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini  psiphon  Software ini juga menyokong...

Fenomena El-Nino 2014 Kesan Perubahan Iklim Dunia

APAKAH FENOMENA EL NINO? El Nino adalah suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya keadaan lembap dialami. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9-18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya.  Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98. APAKAH PERUBAHAN IKLIM SEMASA EL NINO? Di kawas...