Skip to main content

Pengalaman Bergelar Insan Pendidik Bahagian 4

 

                                        

Bersambung dari bahagian 3

Pelajar yang mempunyai wang saku berlebihan pada pandangan mata kasar aku, lebih cenderung untuk terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah. Pelajar ini akan merekrut pelajar dari kelas pertengahan dan kelas belakang, modus operandi yang sangat mudah, misalnya untuk membeli rokok, pelajar yang berduit tersebut akan mengarahkan pelajar yang dari kelas belakang untuk membeli rokok di kedai berhampiran rumah mereka. Aktiviti ponteng juga berlaku sewaktu PDPR berlangsung terutama selepas waktu rehat 10. 30 pagi dan 11.30 pagi apabila pelajar tersebut memanjat pagar untuk ponteng kelas dan melepak di gerai makan berhampiran sekolah. Pelajar tersebut juga yang mempunyai wang akan mengajak pelajar lain untuk menghabiskan masa di cyber café berhampiran bermain permainan video game atas talian.



Berdasarkan pemerhatian aku dan risikan daripada pelajar kelas yang aku mengajar, terdapat juga segelintir pelajar kelas depan dan antaranya harapan sekolah untuk skor dalam peperiksaan turut terlibat. Pelajar tersebut menghisap rokok di dalam tandas dan beberapa kali aku membuat serang hendap di toilet belakang blok dan terserempak dengan mereka.

Aku ada menceritakan kepada guru – guru lain di dalam bilik guru mengenai masalah ini, dan mereka mengesyorkan aku berjumpa denga Pengetua sekolah. Aku akhirnya berjumpa pengetua sekolah dan guru disiplin sekolah dan menceritakan dari A ke Z segala info dan maklumat yang aku perolehi sepanjang aku mengajar disekolah ini tidak sampai sebulan.

Pihak pengetua dan guru disiplin pada keesokan harinya telah memanggil pelajar terlibat dan diberikan amaran keras. Aku juga mengetahui lokasi mereka menyimpan bekalan rokok di Kawasan bilik darjah. Sejak hari itu, pelajar tersebut mula mencurigai kehadiran aku dan mula berwaspada dengan kehadiran aku di sekitar Kawasan sekolah.

 

Pada bulan berikutnya, merupakan minggu peperiksaan dan tugas aku hanyalah memastikan kertas peperiksaan di ambil di bilik peperiksaan serta mengawasi peperiksaan. Aku merasa agak boring sewaktu minggu peperiksaan kerana aku lebih gemar masuk ke kelas dan mengajar.

 

akan bersambung di bahagian 5..

Comments

Popular posts from this blog

Cara Melepasi Sekatan Website Di Universiti, Sekolah dan Pejabat

  Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya. Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk.. Penyelesaian konkrit.... (Update 2016) langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini  psiphon  Software ini juga menyokong...

Fenomena El-Nino 2014 Kesan Perubahan Iklim Dunia

APAKAH FENOMENA EL NINO? El Nino adalah suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya keadaan lembap dialami. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9-18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya.  Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98. APAKAH PERUBAHAN IKLIM SEMASA EL NINO? Di kawas...