1. Baru-baru ini pemerintah Mesir telah menangkap lebih daripada 10 rakyat Amerika Syarikat. 2. Siapakah mereka ini? 3. Mereka, mengikut laporan dalam sebuah majalah Amerika, Newsweek, adalah ahli beberapa NGO dari Amerika yang terlibat kononnya untuk membawa demokrasi kepada Mesir. Diantara mereka adalah NDI (National Democratic Institute), IRI (International Republican Institute) dan Freedom House. Semua mereka mengikut Newsweek “receive U.S. Government funding”. 4. Laporan yang sama berkata dalam keluarannya pada Februari 13, “But storming NGO’s, interrogating U.S. citizens, and banning them from leaving the country has strained U.S-Egypt relations and threatened the sacrosanct $1.3 billion in military aid from the U.S.” (Menggeledah NGO, menyoal rakyat Amerika, dan melarang mereka keluar dari Mesir telah menegangkan hubungan Amerika dengan Mesir dan menggugat bantuan $1.3 billion untuk tentera (Mesir) dari Amerika.) 5. Semasa Mubarak Amerika dilarang membiayai NGO Me...