Bersambung dari bahagian 3 Pelajar yang mempunyai wang saku berlebihan pada pandangan mata kasar aku, lebih cenderung untuk terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah. Pelajar ini akan merekrut pelajar dari kelas pertengahan dan kelas belakang, modus operandi yang sangat mudah, misalnya untuk membeli rokok, pelajar yang berduit tersebut akan mengarahkan pelajar yang dari kelas belakang untuk membeli rokok di kedai berhampiran rumah mereka. Aktiviti ponteng juga berlaku sewaktu PDPR berlangsung terutama selepas waktu rehat 10. 30 pagi dan 11.30 pagi apabila pelajar tersebut memanjat pagar untuk ponteng kelas dan melepak di gerai makan berhampiran sekolah. Pelajar tersebut juga yang mempunyai wang akan mengajak pelajar lain untuk menghabiskan masa di cyber café berhampiran bermain permainan video game atas talian. Berdasarkan peme...
Bersambung dari bahagian 2 , Aku mula menganalisa perilaku dan perangai setiap pelajar dan aku mendapati pelajar kelas belakang banyak mempunyai kekurangan dari segi kewangan dan perhatian daripada keluarga masing - masing. Sekolah pertama yang aku mengajar berada di Kawasan perkampungan nelayan di mana faktor kewangan dan keluarga memainkan peranan utama kepada perilaku pelajar di sekolah. Kebanyakkan pelajar yang berasal dari keluarga nelayan ini rata – rata membawa wang saku hanya RM 1 sehingga RM3 untuk membeli makanan di kantin sekolah. Ini sangat meruntum jiwa aku melihat pelajar hanya mampu membawa wang sebanyak itu ke sekolah. Aku masih teringat pada satu hari aku bertanya kenapa ada seorang pelajar selalu tidak hadir ke sekolah dan jawapannya ibu bapa pelajar itu tiada duit untuk diberikan untuk membeli makanan di sekolah. Aku tergaman dan terkaku...