Bersambung dari bahagian 3 Pelajar yang mempunyai wang saku berlebihan pada pandangan mata kasar aku, lebih cenderung untuk terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah. Pelajar ini akan merekrut pelajar dari kelas pertengahan dan kelas belakang, modus operandi yang sangat mudah, misalnya untuk membeli rokok, pelajar yang berduit tersebut akan mengarahkan pelajar yang dari kelas belakang untuk membeli rokok di kedai berhampiran rumah mereka. Aktiviti ponteng juga berlaku sewaktu PDPR berlangsung terutama selepas waktu rehat 10. 30 pagi dan 11.30 pagi apabila pelajar tersebut memanjat pagar untuk ponteng kelas dan melepak di gerai makan berhampiran sekolah. Pelajar tersebut juga yang mempunyai wang akan mengajak pelajar lain untuk menghabiskan masa di cyber café berhampiran bermain permainan video game atas talian. Berdasarkan peme...