Tahukah anda, terdapat dua sumber rujukan berkaitan asal usul lagu Negaraku sebelum dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia. Pertamanya, ia dikatakan berasal dari Lagu Kebangsaan negeri Perak dan satu lagu popular berjudul Terang Bulan (Trang Bulan). Mengikut cerita Tuan Haji Mustafa AlBakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, lagu ini digunakan buat pertama kali sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Perak pada 1901 iaitu ketika pertabalan Raja Edward VII di England. Sult an Idris Murshiduladzam Shah, adalah Sultan Perak ketika itu (1887 hingga 1916). Pada masa pertabalan Raja Edward VII (1901), Sultan Idris berangkat ke England sebagai wakil raja-raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam Istiadat Pertabalan itu. Tiba di Pelabuhan Southampton, pegawai protokol dari pejabat kolonial luar naik ke kapal dan bertanyakan Lagu Kebangsaan Negeri Perak. Menjadi amalan di England pada masa itu setiap...