Skip to main content

Pembinaan Lebih Banyak Monorel Di KL

GREATER Kuala Lumpur merupakan antara 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) pada bulan lalu.
Ia bertujuan menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya bertaraf dunia dan salah satu pendekatan bagi mencapai matlamat itu adalah mewujudkan sistem pengangkutan bersepadu.
Rentetan daripada rancangan itu, pengangkutan awam dinaik taraf termasuk pelaksanaan transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) secara besar-besaran.
Scomi Engineering Bhd, penyedia penyelesaian pengangkutan antara yang memberi cadangan kepada kerajaan untuk mengembangkan perkhidmatan monorel dalam membantu usaha mengukuhkan sistem pengangkutan di ibu negara.
Timbul cakap-cakap mengenai monorel bakal menjadi trend pengangkutan awam bandar di negara ini terutama Kuala Lumpur.
Bukan sesuatu yang mustahil bagi bandaraya yang memerlukan penjimatan ruang dan kos bagi pembangunan lebih efektif.
Adakah pengembangannya bakal mengubah landskap Kuala Lumpur dengan infrastruktur pengangkutan lebih moden seperti di Jepun dan Amerika Syarikat (AS)?
Presiden Scomi Engineering, Syahrunizam Samsudin bagaimanapun menjelaskan, monorel bukan dilihat sebagai satu peralihan pengangkutan awam apatah lagi menjejaskan perkhidmatan transit sedia ada.
Ini kerana katanya, perkhidmatan monorel sudah lama diperkenalkan, malah dijadikan sebagai pengangkutan awam secara komersial bermula di Seattle pada tahun 1965.
“Namun saya tidak menafikan monorel kini mula dikenali di Malaysia selepas ia diperluaskan sebagai aplikasi rel transit bandar sejak dua tahun lalu.
“Penggunaannya bersesuaian dengan bandaraya yang semakin sesak dan memerlukan pembangunan yang menjimatkan ruang dan kos,” katanya kepada Mingguan mStar.
Perkembangan global
Anak syarikat Scomi Group Bhd itu bukan calang-calang kerana produk dan perkhidmatan monorelnya kini dikenali kebanyakan negara dunia.
Kejayaan Scomi Engineering bermula selepas melancarkan sistem monorel pertama iaitu KL Monorail di negara ini pada tahun 2003. KL Monorail merupakan sistem transit awam dalam bandar sejauh 8.6 kilometer yang merentasi 11 stesen di sekitar Kuala Lumpur seperti Bukit Bintang, Chow Kit dan KL Sentral.
Scomi Engineering kini sedang melaksanakan projek monorel di Mumbai sejauh 19.54 kilometer daripada Pembangunan Wilayah Metropolitan Mumbai (MMRDA).
Projek bernilai RM1.85 bilion itu merupakan projek sulung syarikat tempatan itu di luar negara dengan kerjasama rakan konsortium, Larsen and Toubro Ltd.
Bukan sekadar di Mumbai, Scomi Engineering optimis meneruskan pengembangan globalnya di Brazil dengan membida projek-projek monorel di negara itu.
Kerajaan Persekutuan Brazil telah memperuntukkan sejumlah AS$12 bilion (RM38.66 bilion) untuk pembangunan infrastruktur awam terutama persediaannya menjadi tuan rumah perlawanan bola sepak Piala Dunia di Sao Paolo dan pembidaan untuk Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.
Sebelum ini, Scomi Engineering turut membida cadangan membina monorel sepanjang 59 kilometer bernilai AS$2.4 bilion (RM7.73 bilion) bagi fasa pertama di Bangalore, India.
Ia merupakan kerjasama dengan Geodesic Techniques Pvt Ltd dan menjadi strategi berterusan dalam pelan pengembangan perniagaan di India untuk membida lebih banyak projek monorel di beberapa bandar utama seperti New Delhi, Chennai dan Kolkalta.
Pembangunan efisien
Sejajar dengan pengembangan global, Scoming Engineering memperkenalkan monorel generasi akan datang iaitu Aplikasi Rel Transit Bandar Scomi (SUTRA).
Ia bertujuan memenuhi standard antarabangsa selain meningkatkan keupayaan dan kapasiti sekaligus memudahkan rancangan pembangunan pengangkutan.
Syahrunizam berkata, syarikat mahu memastikan produk dan perkhidmatan monorel mempunyai kecekapan tenaga, lebih ringan dan beroperasi lebih senyap.
Menurut beliau, Scomi Engineering menawarkan harga kompetitif tetapi tahap kualiti dan prestasi kekal dipertingkatkan.Ini katanya, termasuk keselesaan kerana pada masa ini masyarakat menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
“Saya berpendapat bahawa monorel sepatutnya dijadikan sebagai pengantara bagi pengangkutan awam dan aliran transit di Kuala Lumpur.
“Kos pelaksanaan sistem berkenaan lebih murah, malah memudahkan hubungan antara bandar raya dan pinggir bandar terutama kawasan perumahan,” ujarnya.
Beliau menambah, pengangkutan awam sepatutnya dipelbagaikan dan sistem monorel membantu memperluaskan hubungan itu seiring pembangunan pesat Kuala Lumpur.
Monorel menggunakan kuasa elektrik menyebabkan pengangkutan itu bersifat mesra alam sekaligus penggunaannya dapat mengurangkan pencemaran udara.
Selain itu katanya, kos pengangkutan awam di negara ini masih lagi berpatutan, namun mempunyai kos monorel lebih efisien malah mempunyai kecekapan dan keupayaan dari segi operasi.
Syahrunizam turut menyifatkan negara perlu menunjukkan sokongan kepada pembangunan produk tempatan kerana Jepun dan Korea menggunakan keretapi jenama keluaran tempatan.
Justeru, beliau percaya monorel bakal menjadi pengangkutan awam utama di negara ini pada masa akan datang berikutan pembangunannya bersesuaian dengan kepesatan bandar.
“Bukan mudah untuk membuat projek di kawasan padat, sesak dan sudah membangun menyebabkan sebarang perancangan akan mengambil masa lama.
“Projek pengangkutan awam lain mungkin berlanjutan sehingga 10 tahun tetapi monorel hanya memerlukan masa dua setengah tahun untuk menyediakan satu sistem,” katanya.
sumber:MStar Online

Comments

Popular posts from this blog

Cara Melepasi Sekatan Website Di Universiti, Sekolah dan Pejabat

  Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya. Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk.. Penyelesaian konkrit.... (Update 2016) langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini  psiphon  Software ini juga menyokong...

Fenomena El-Nino 2014 Kesan Perubahan Iklim Dunia

APAKAH FENOMENA EL NINO? El Nino adalah suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya keadaan lembap dialami. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9-18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya.  Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98. APAKAH PERUBAHAN IKLIM SEMASA EL NINO? Di kawas...

Ulcer Mulut, Sakit!!

Ulcer mulut (Oral ulcer) Ulcer mult ialah luka atau lepuhan menyakitkan di dalam mulut yang berwarna putih atau kuning dikelilingi bulatan merah . Ulcer berlaku apabila membran mukus atau epithelium pada bibir atau sekeliling bahagian dalam mulut terkoyak. Terdapat pelbagai jenis ulcer yang dikaitkan dengan pelbagai sebab seperti trauma (fizikal dan chemical) jangkitan mikroorganisma, infeksi, perubahan hormon, alergik kepada ubat- ubatan dan bahan kimia tertentu, penyakit seperti celiac disease, lupus, behcets disease , kanser dan sebagainya. Ulcer yang biasa dialami ialah aphthous ulcer dan cold sores (lepuhan akibat demam-fever blister). Cold sores disebabkan oleh virus herpes simplex. SYMPTOMS Symptom ulcer berbeza mengikut penyebab kepada ulcer tersebut. Bermula dengan rasa pedih dan terbakar pada bahagian yang akan terbentuknya ulcer , bintik dan benjolan merah akan menyusul kemudian pecah menjadi luka atau lepuhan. Ulcer kelihatan berwarna putih atau kuning dengan warna merah di...