Skip to main content

Cara Mengenali Telur Tiruan Dari China

Adeiiii, skarang ni kecoh pasal telur tiruan plak kan. Sebenarnya benda ni dah lama, cuma baru2 ni ja baru ada kes tangkapan kat Pulau Pinang hari tue. Sekarang Bdk Botak nk kongsikan mcm mna korang bleh bezakan telur asli dgn yg tiruan ye. Harap kita dapat kongsi2 kan kpd rakan agar tidak terbeli yg palsu ye....


Yang ni lak info dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang:
Cara mengenal telur tiruan:

1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.



P/s: Sebab nk untung telur palsu pon wujud. Paling takut kalo musim2 kenduri tu byk yg beli telur ayam, harap jgn yg palsu sudah. Lepas ni telur kenduri tu bleh gantikan dgn buah epal lak kot, he3. Nak tau cmna diorg buat telur palsu ni bleh rujuk sini -> Telur Tiruan Buatan China... (",) Baca sorang2 ja? Kongsilah dgn kawan2, he3...

Comments

Popular posts from this blog

Cara Melepasi Sekatan Website Di Universiti, Sekolah dan Pejabat

  Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya. Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk.. Penyelesaian konkrit.... (Update 2016) langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini  psiphon  Software ini juga menyokong...

Fenomena El-Nino 2014 Kesan Perubahan Iklim Dunia

APAKAH FENOMENA EL NINO? El Nino adalah suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya keadaan lembap dialami. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9-18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya.  Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98. APAKAH PERUBAHAN IKLIM SEMASA EL NINO? Di kawas...

Best! Cara Nak Buat Nugget Ayam

Tak sangka Potato chips yang aku selalu makan boleh dijadikan bahan nk salut ayam jadi nugget yang best! Selamat Menonton Dan Mencuba!!