Skip to main content

Selepas buat fake egg, skang buat beras tiruan daripada plastik pulok....

China ni mmg suka buat benda pelik2 kan, hari tu gempar pasal kes telur tiruan tapi Alhamdulillah atas siasatan yg dijalankan x jumpa lagi telur2 palsu tue kat Malaysia. Semua sampel2 yg diambil menunjukkan semua telur2 tu asli dari ayam ye, he3.

China buat beras dari plastik? Pertama kali dengar Bdk Botak terpikir gak cmna la boleh jadi camtu, mungkin bagi kita pelik tapi tu la realiti yang sedang berlaku kat China. Dipetik daripada Mingguan Hong Kong, terdapat beras tiruan yang diperbuat daripada plastik dijual secara besar-besaran di China.

Menurut laporan itu, beberapa pengedar menjual beras palsu di Taiyuan, Wilayah Shaanxi, dan beras ini adalah campuran kentang, ubi jalar dan plastik. Beras plastik ini dibuat dengan membentuk kentang dan ubi jalar ke dalam bentuk padi, lalu ditambah dengan resin sintetik. Resin sintetik yang terdapat didalamnya sangat bahaya kepada tubuh manusia. Seorang pegawai kerajaan China mengatakan bahawa makan tiga mangkuk beras tiruan ni bersamaan dengan memakan sebungkus PLASTIK!



Bleh tgk video dari Youtube kat sini -> Hati2 Dgn Beras Plastik Dari China

He3, kat Malaysia ni rasanya cukup kot beras ye, negeri Kedah ni pon byk ja pokok2 padi kat tepi2 umah Bdk Botak nie. Kalo import pon rasanya kerajaan x import dari China kot. Adeiiii, apa lak yg diorang nak klonkan lepas nie... Baca sorang2 ja? Kongsilah dgn kawan2, he3...

Comments

Popular posts from this blog

Cara Melepasi Sekatan Website Di Universiti, Sekolah dan Pejabat

  Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya. Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk.. Penyelesaian konkrit.... (Update 2016) langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini  psiphon  Software ini juga menyokong...

Fenomena El-Nino 2014 Kesan Perubahan Iklim Dunia

APAKAH FENOMENA EL NINO? El Nino adalah suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya keadaan lembap dialami. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9-18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya.  Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98. APAKAH PERUBAHAN IKLIM SEMASA EL NINO? Di kawas...