Skip to main content

China Bakal Kuasa Besar Dunia??

china [COMING SOON] Negara China, Bakal Kuasa Besar Dunia
China adalah merupakan sebuah kuasa besar dunia yang sedang naik dengan mendadak. Lihatlah di sekeliling anda dan carilah barangan yang tertera perkataan ‘made in China’? Daripada yang fake/immitation sampaila ke barang-barang original. Walaupun negara China merupakan  sebuah negara komunis namun persepsi dunia kini telah berubah. Sejak kejatuhan komunis Rusia di era kegemilangan Mikhail Gorbachev yang juga merupakan presiden kesatuan Republik Soviet Union, maka berakhirlah perang dingin antara blok barat dan timur. Selepas itu komunis tidak lagi dilihat sebagai satu ancaman.
Tiada lagi propaganda filem hollywood tentang ‘kejahatan’ komunis sebaliknya tumpuan beralih kepada ‘keganasan Islam’ pula.  Ini ia menjadi tumpuan syarikat-syarikat gergasi dunia menjalinkan kerjasama memandangkan kos buruhnya yang murah dan sumber manusia tidak perlu dipertikaikan. Sehinggakan ada yang tiada kerja, buatlah kerja yang terkutuk seperti ini.
Hampir separuh ekonomi dunia berasal dari Asia. Keadaan ini akan terjadi pada tahun 2030, di mana sumbangan Asia terhadap ekonomi dunia mencapai 34%. Menurut risikan dan analisa pakar-pakar ekonomi dunia, China bakal menjadi kuasa besar dunia dalam ekonomi pada tahun 2024 manakala India akan menyusul untuk menjadi jadi kuasa besar ekonomi dunia 4 tahun selepas itu, iaitu pada tahun 2028.
4799297377 021795e33f [COMING SOON] Negara China, Bakal Kuasa Besar Dunia
Dan sekarang ini negara China bakal melangkah selangkah ke hadapan lagi dengan buat pertama kalinya ketua komander tentera China telah menyatakan secara terbuka mengenai rancangan China untuk meletakkan senjata di ruangan angkasa dan lebih menekankan pada angkatan udara serta kemampuan ofensifnya.
“China akan menjadi kuasa besar dunia pada pertengahan abad ke-21 dan angkatan udara harus mampu untuk melawan pelbagai bentuk ancaman keselamatan,” katanya.
Hebat angkatan udara perlu tumbuh daripada melindungi keselamatan kebangsaan untuk menjaga keamanan di kawasan dan antarabangsa, bersama-sama dengan pertumbuhan ekonomi dan pengaruh politik China yang sedang bergerak cepat ketika ini.
China pun sekarang ini, dilihat bergerak cepat untuk maju dalam 10 terakhir ini. Dalam-dalam diam-diam China, mereka sudah pun mempunyai  5 satelit risikan di angkasa.China pun sudah ada keupayaan memusnahkan satelit di angkasa lepas dengan menggunakan missile. Program angkasa lepas mereka agak canggih dan terkedapan ketika ini.
4799297421 6c95c98092 [COMING SOON] Negara China, Bakal Kuasa Besar Dunia
Bagi saya kemunculan China ini ada bagusnya, supaya dilihat nanti ada keseimbangan kuasa di dunia. Tidaklah negara Amerika Syarikat sewenangnya-wenangnya mengatakan yang mereka adalah ketua polis dunia. Tiada siapa melantiknya pun, tapi syok sendiri saja Amerika Syarikat. Tapi apa boleh buat, memang kuasa dan cengkamannya masih lagi kuat, buat masa ini. Baik daripada segi ketenteraan mahupun ekonomi.
4799930550 d2fb6e0a4b [COMING SOON] Negara China, Bakal Kuasa Besar Dunia
4799297523 2e3c3a27d0 [COMING SOON] Negara China, Bakal Kuasa Besar Dunia
Ada negara Islam pun tidak mahu bersatu. Ada negara Islam yang kaya pun, asyik mahu memikirkan pembangunan semata. Negara-negara Islam yang ditindas dan melarat tidak dipedulikan. Harap-harap situasi seperti itu tidak akan berkekalan selamanya.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Melepasi Sekatan Website Di Universiti, Sekolah dan Pejabat

  Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya. Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk.. Penyelesaian konkrit.... (Update 2016) langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini  psiphon  Software ini juga menyokong...

Fenomena El-Nino 2014 Kesan Perubahan Iklim Dunia

APAKAH FENOMENA EL NINO? El Nino adalah suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya keadaan lembap dialami. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9-18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya.  Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98. APAKAH PERUBAHAN IKLIM SEMASA EL NINO? Di kawas...

Best! Cara Nak Buat Nugget Ayam

Tak sangka Potato chips yang aku selalu makan boleh dijadikan bahan nk salut ayam jadi nugget yang best! Selamat Menonton Dan Mencuba!!