Skip to main content

Universiti Putra Malaysia



upm-bus



tempat ni la aku belajo skang. dah masuk 4 sem dah..walau x sehebat mana, bagi aku semua tempat sama je. bila dengar orang belajar sampai luar negara, rasa macam kecik je. Tapi yang aku pasti mereka2 sume akan balik jugak berbakti pada negera tercinta ni.jangan x balik sudah. Tapi aku terkilan bila dengar ada sebahagian besar rakyat Malaysia yang membesar dan belajar di negara ni. Lepas je kerajaan hantar luar negara, terus lupa diri, taknak balik. katanya Malaysia ni panas la.x sesejuk kat luar negara tu, ada musim salji. Habis kalau ada peperangan cam kat mesir tu?camne?baru ingat nak balik Malaysia. baru ingat kat negara yang panas ni. Hish x faham betula aku ngan manusia n.. Tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Tapi  yang aku dengar kebanyakan yang berhijrah ke luar negara ni orang bukan Melayu. Betul ke?apesal?ada jugak terdengar orang bukan Melayu cakap mereka bersendirian di negara ni sebab negara ni milik orang Melayu(kerajaan orang Melayu,jadi diorg cakap macm x tolong la diorg). Apa ni.kita dah abad ke-21 xkan masih ada lagi kot perasaan curiga mencurigai antara kaum lain. Anda x bersendirian, sebab dari segi ekonomi bangsa anda jugak kan yang memonopoli sume, bukan bangsa peribumi. Tiada larangan dan sekatan pun kat kaum lain nak hidup kat Malaysia ni..bersendirian apa lagi?. Aku kawan dengan pelbagai bangsa sampai ada sorang kawan bangsa India, sebab terlampau bergaul dengan Melayu(siap sebut istilah islam, nak tergelak) nak menujukkan dia sangat bercampur dengan rakan-rakan lain yang berbeza ras. Kawan cina pn sama jgk.(sangat open minded dan memahami, siap suruh budak2 Melayu yang lambat solat(kalau ada study group) pergi sembhyang. Tu baru menujukkan yang mereka faham antara satu sama lain. yang bergaduh pasal benda2 remeh temeh ni buat apa. masalah utama mereka x bercampur gaul. tu yang x faham tu. kalau sume jenis macam kawan2 yang aku pernah jumpa n, xakan timbul isu2 yang boleh menggangu keamanan negara. kan aku dah berleter panjang. nak cite pasal tempat aku belajar je. Satu lagi, student2 yang belajar n pon bleh kira satu pelaburan kerajaan jugak, sebab diorg akan membangunkan negara, lepas tu bawak balik ilmu yang diorang belajar lepas tu ajar kat orang lain, jadi ilmu akan berkembang secara x langsung. lepas tu kepakaran dalam pelbagai bidang akan meningkat. Habis kalau sume dok berpakat nak lari ke luar negara. sape rugi?negara jugak kan?Lebur la pelaburan kerajaan yang melabur sejak dari tadika hinggalah ke alam universiti..fikir-fikirkan dan renung-renungkan..

P/s; tengah2 final exam sempat lagi update blog. Sem ni aku letak cgpa ke tahap yang lebih tinggi..ha.ha..

Comments

Popular posts from this blog

Cara Melepasi Sekatan Website Di Universiti, Sekolah dan Pejabat

  Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya. Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk.. Penyelesaian konkrit.... (Update 2016) langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini  psiphon  Software ini juga menyokong...

Fenomena El-Nino 2014 Kesan Perubahan Iklim Dunia

APAKAH FENOMENA EL NINO? El Nino adalah suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya keadaan lembap dialami. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9-18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya.  Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98. APAKAH PERUBAHAN IKLIM SEMASA EL NINO? Di kawas...

Best! Cara Nak Buat Nugget Ayam

Tak sangka Potato chips yang aku selalu makan boleh dijadikan bahan nk salut ayam jadi nugget yang best! Selamat Menonton Dan Mencuba!!