Skip to main content

Rumah Berhantu!!!Seksyen 2 Shah Alam

Gambar Rumah Hantu Seksyen 2 Shah Alam|Apa Kata Diorang Pasal Rumah Hantu Seksyen 2 Shah Alam??



Gambar Rumah Hantu Seksyen 2 Shah Alam|Apa Kata Diorang Pasal Rumah Hantu Seksyen 2 Shah Alam??

Korang tau tak, semenjak 2 menjak ni kan cite pasal Rumah Hantu Seksyen 2 ni femes gilerrrr..Tambah-tambah yang dok dekat area-area situ terutama sekali budak UiTM la. Femes kejap Seksyen 2 ni kan.Huhu. Oleh sebab saya ni sorang penggemar cite-cite seram ni, so memang minat sangat la nak tau kan. Sebelum tu kalau korang tak baca lagi cerita tu boleh terjah kat sini

Jom tengok apa komen diorang ni pasal rumah hantu tu. Ada yang dah pernah pegi melawat, ada yang tau dari mulut ke mulut je, ada yang pernah dengar dari dalam internet. Semua ada la no...Ce baca..Ce baca^_^. Baca je..Nak percaya ke tak terpulang la kan..Tapi best gak dengar pasal cite ni:-)


Ni komen daripada member sekolah saya dulu budak SMKA Baling. Nama dia Nizam Mansor

Salam zuar..aku ni Nizam..Kalo ang ingat lagi la..Hehehe..Emm..Aku baru baca ja nih post ang ni..Aku x pasti la cerita budak-budak tu betoi atau x...x pernah dengaq lak selama aku dok kat lembah klang nih..Hehe..Tapi pasal umah tu memang betol-betol ada..Hehehe..Aku pun x ingat la umah yang mana satu..Aku dok kolej Meranti dulu tahun 2007..Membe aku p riki umah kat Seksyen 2 sebelah tu ja..Memang dia ada cakap ada sebijik umah memang murah RM50 ja..Hehehe..Tapi kami x jadi dok umah tu pun..Sebab dah tau dah cerita dia..Hahaha..n ada satu lagi rumah kat Seksyen 11..Yang ni aku x pasti betol x umah tu angker..Dengar cerita ada orang kena bunuh then tanam kat dinding umah..Haha..Ada brann? P cari tgk..n umah Seksyen 2 tu siriusly aku lupa dah yg mana sebab aku pun dh lama meninggalkan Shah Alam..Try la p ronda-ronda Seksyen 2..hehehehe..


Perghh!!Menarik gak ni...Makin panas..ekekeke. Ni pulak daripada anonymous..Tak tau sape... Just komen bagi nama anonymous je. Boleh bagi nama plisss:-p

Hmm... Well i da g tengok da umah yang keras ni serius i ckp memang seram der.....Umah tu memang semak but yang menjadi mushkil i ngan kawan-kawan ialah umah tu nampak bersih je macam dijaga rapi....N ape yang i rase n x tau nak ckp macam mana mase g umah tu kite rase macam ade orang tengok kite je....Hmm umah tu memang seram x yah masuk la duk kat luar pun rase seram da kalau ade sape-sape nak g u all g kawasan umah kat depan Wet World Shah Alam....N cari Jalan Bunga Raya....Umah tu kat corner lot n depan umah tu ade 2 buaian....k


Jalan Bunga Raya??Korang tau?? Ni pulak komen dari facebook..Member saya  ex-student UiTM, Syed Muhammad Fikri
Aku g malam semalam kul 3 pagi 2 buah kete ngan membe-membe aku.... xtaula nak cakap camne, maybe citer betul n maybe citer rekaan semata-mata. Yelah penulis citer gempak, so bila baca nampak menarik n orang nak amik tau.... Then skang teknologi canggih, FB? Blog? Kalo post je bape seconds jek da heboh merata sane sini....Kebetulan malam semalam aku g tu, adela 2 orang mamat ni tegur kitorang, die cakap die memang orang Sek. 2, stay ngan family r.. Bukan student...Die pun pelik asal ramai sangat datang Sek. 2 ni nak tengok antu...Padahal xde ape-ape pun sebenarnye....1st die tegur coz macam da rimas sebab diorang rasa x best sebab orang kuar masuk area situ malam-malam...xde privacy... So diorang da nak report polis, tapi kesian so diorang cakap cara baikla... Explain citer sebenar... Ntahla... Kalo nak tau betul ke x, tryla masuk tido dalam umah tu ke camne... Aku g malam semalam punya ramai budak-budak datang n masuk umah tu amik-amik gamba... Tapi xde ape belaku pun...Bese jek sume... Sekian

Ni sambungan lagi...
Maybe betul maybe x, cume ape yang brader tu cakap Sek. 2 tu ade 2 buah umahla yang bese dak2 g... 1 umah betul-betul depan Wet World tu... Banglo xde orang, umah tu die cakap uncle die punya, uncle die pindah dok Mekah...Then umah tu kosongla, but da jadi citer macam ni... Umah tu asal nak jual, tapi xde buyer lepas orang citer bukan-bukan.... Ramai datang nak beli tapi last-last cancel...Sian uncle die tu... Then umah yang dalam gamba ko tunjuk tu die gtau xde ape-ape pun... tapi xtaula betul ke x die cakap tu... Nobody knows...Cume adela sebuah umah lain tapi skang cume tinggal tapak jek sebab dah diruntuhkan...Dulu die citer adela bomoh ni datang konon nak buang hantu, tapi sedar-sedar pagi bomoh tu ade kat tasik Wet World tu...Em tapi umah tu skang tiggal tapak kosong jek...

Perghh!!Macam-macam cerita yang keluar kan..Sebenarnya banyak lagi cerita pasal ni..Malas nak tulis..Best jugak kalau di layan..Layan boleh..Nak percaya tu tak pasti. Kalau nak tau betul ke tak try la pegi tido kat dalam rumah tu semalaman macam kawan saya cakap baru tau betul ke tak kan ^_^.

Tapi cerita sebelum ni yang mati semua tu maybe ditokok tambah untuk nak sedapkan cerita..Bila dah ditokok tambah mula la cerita jadi mengarut. Tapi maybe ada jugak yang betul sebenarnya..Memang kawasan tu keras sikit. Bukan tak percaya..Tapi buat apa kita nak takut..Tu pun makhluk Allah jugak kan..

Ok la..Kalau korang nak tengok Gambar Rumah Hantu Seksyen 2 tu boleh tengok kat bawah ni..Saya ambik dari sini




Menyeramkan jugak rumah ni kan...Ingat nak pegi tengok jugak rumah ni nanti..Dekat je pun..5 minit dah sampai dari Seksyen 7 ni. Cuma tak berkesempatan je nak singgah ^_^. So, korang pernah nampak tak rumah ni??Nak ikut pegi tengok


Sumber http://www.zuarxpdc.com/2011/03/gambar-rumah-hantu-seksyen-2-shah.html#ixzz1K7VipXMd

Comments

Popular posts from this blog

Cara Melepasi Sekatan Website Di Universiti, Sekolah dan Pejabat

  Masalah sekatan oleh admin di Universiti, Sekolah, dan Pejabat kadang-kadang membuatkan kita boleh rasa stress, macam nak hempuk je kepala admin yang kaki block ni. Memang tak dinafikan mereka bertujuan baik untuk mengelak pengguna melayari laman web pronografi, download benda-benda tak senonoh, selain itu, sekatan website tertentu pada masa office hour juga bertujuan untuk membuatkan pekerja memberi fokus sepenuhnya pada kerja selain untuk mengelakkan line internet menjadi perlahan lantaran ramai membuka laman web youtube dan sebagainya. Tetapi,ada tetapinya,kalau dah sume website kena block, ape kes?? macam laman perkongsian file, yang menyediakan fungsi upload file untuk tujuan simpanan, mana tau kan,tetiba hard disk komputer kong, ada backup. Kena Block jgk.. Penyelesaian konkrit.... (Update 2016) langkah pertama bagi pengguna Windows XP,Vista,7,8.1 dan 10 boleh memuat turun software Psiphon di link ini  psiphon  Software ini juga menyokong...

Fenomena El-Nino 2014 Kesan Perubahan Iklim Dunia

APAKAH FENOMENA EL NINO? El Nino adalah suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya keadaan lembap dialami. Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9-18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya.  Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98. APAKAH PERUBAHAN IKLIM SEMASA EL NINO? Di kawas...